Sunday, February 12, 2012

Sayangi Rasulullah Sedalamnya



Dewasa ini, anak muda kita sering melupai siapa figura atau idol sebenar-benarnya yang perlu dicontohi. Malahan, sesetengahnya mengingati seluruh sejarah hidup seseorang tokoh dan melupakan figura yang perlu diagungkan ialah Nabi Muhammad S.A.W.

Ketika ditanya mengenai tokoh, "Siapa Bapa Fizik Dunia?" Mereka menjawab, "Albert Enstein." "Siapa pengasas telefon?" Merekapun menjawab, "Alexander Graham Bell". Namun, cuba tanyakan "Siapa sahabat Rasulullah yang digelar Asadullah?", "Siapa yang memberi idea menggali parit ketika Perang Khandaq?", "Siapa pejuang Islam yang menentang rezim Itali yang digelar oleh musuh sebagai The Lion Of Desert?", "Siapa tabi'in yang sanggup berjalan 3 hari hanya untuk mencari satu hadis?", "Siapa ulama' yang ketika dipenjara masih mampu berkarya?" Jika semua pertanyaan mengenai tokoh Islam diutarakan, mungkin 90% generasi Islam hari ini diam tiada idea.

Namun, manusia yang paling utama perlu kita kenali, ketahui, teladani dan ikuti adalah "Bapa Guru" atau "Penghulu Murobbi" yang mengajar, membimbing dan mendakwahi generasi-generasi yang meninggikan agama yang diredhai, baginda Nabi Muhammad SAW. Demi Allah, inilah idola kita semua. Berkat dakwah, perjuangan dan pengorbanan baginda, kita pada hari ini, mampu menggapai dan merasai nikmat keislaman dan keimanan dalam diri kita. Wahai Rasulullah dan Kekasih Allah, "Dirimu Aku Sanjungi".

1 peribadi Rasulullah yang saya sanjungi

KESABARAN

1. Baginda hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

2. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Saidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Humairah?” (Humairah adalah panggilan mesra untuk Saidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

3. Baginda sering diludahi seorang wanita tua yang selalu mencercanya. Namun, baginda hanya bersabar dan pada suatu hari, baginda tidak melihat wanita tua yang sering meludahinya. Lalu baginda menanyakan seseorang dimanakah wanita tua itu. Si Fulan menjawab : “Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa si wanita yang biasa melidahimu sudah beberapa hari terbaring sakit?” Mendengar jawapan itu Nabi mengangguk-angguk, lantas melanjutkan perjalanan untuk ibadah di depan Ka’bah, bermunajat kepada Allah Pemberi Rahmat.

Sekembalinya dari ibadah, Nabi menjenguk wanita peludah. Ketika mengetahui bahawa Nabi, orang yang tiap hari dia ludahi menjenguknya, si wanita menangis dalam hati.Si wanita bertanya, “Wahai Muhammad, kenapa engkau menjengukku, padahal tiap hari aku meludahimu?”

Nabi menjawab, “Aku yakin, engkau meludahiku karena engkau belum tahu tentang kebenaranku. Jika engkau mengetahuinya, aku yakin engkau tak akan lagi melakukannya.”

Mendengar ucapan bijak dari utusan Allah swt ini, si wanita menangis dalam hati. Setelah mengatur nafas akhirnya, “Wahai Muhammad mulai saat ini aku bersaksi untuk mengikuti agamamu.” Lantas si wanita mengikrarkan dua kalimat syahadat.


Subhanallah. Sebaik-baik pemimpin keluarga mahupun umat adalah Nabi Muhammad s.a.w.

Tag : Meen dan Azrien ;)

No comments: