
Nak join klik banner :)
I'm still a student :) Lagi 7 tahun Insya-Allah akan berkahwin XD

What women wants in a man (husband) ? :)
suami idaman kami
lautan cintanya pada Rabb Izzati
cinta teragungnya
debar rindunya hanya pada Jannatul Firdaus
tempat kembali yang sangat indah
maka kami adalah yang paling setia
mengiringi hidupnya di dunia ini
suami idaman kami
hidupnya untuk Islam
setiap detik hidupnya hanya untuk
menegakkan daulah islamiah di bumi Allah
setiap peluh yang menitis hanya kerana
memperjuangkan kelestarian Islam agar terpelihara
maka kami adalah yang paling berbangga
menjadi srikandi kepada seorang yang bergelar mujahid
suami idaman kami
jihadnya untuk Islam
setiap darah yg mengalir
pasti kerana tekad untuk memelihara kesucian Islam
syahidnya kerana Islam
maka kami adalah yang amat beruntung
memiliki kekasih yang gagah sepertinya
suami idaman kami
wajahnya sentiasa dibasahi wudhuk yg sempurna
bibirnya sentiasa dihiasi dengan zikir padaNya
setiap tutur kata bermanfaat buat kami dan semua
maka kami adalah yang paling bahagia
dinaungi seorang yang bijak laksana
suami idaman kami
penglihatannya sentiasa dipelihara
menjauhkan kebatilan dari dirinya
hanya memandang kepada yang hak daripadanya
dia melindungi dan menyayangi
atas rasa tanggungjawab pada amanah yang dianugerahkan
dia menegur dan menasihati
dengan tulus dan ihsan
agar mendapat mardhatillah
maka kami adalah yang paling bertuah
dapat mengasihi seorang mukmin soleh sepertinya
suami idaman kami
berusaha memperelokkan diri
dengan ilmu dan pengetahuan
agar semakin petah berbicara
agar menjadi da'ei yang berhikmah
sentiasa berusaha menghiasi diri dengan
untaian taqwaqiamullail memang tradisinya
solat sunat menjadi kegemarannya
tilawah Quran ibadah kesukaannya
maka kami adalah yang paling beruntung
mendapat bahagian dalam doanya
suami idaman kami
dirimu permata gemilang
yang bakal menyerikan dan mewarnai hidup kami
kami adalah yang paling bersyukur
kerana menjadi permaisuri mahligaimu insya Allah,kami akan menjadi penyokong setiamu
dalam memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini
kerana dirimu adalah
KEKASIHKU, MUJAHIDKU.

Nota ringkas :-
-Mempunyai agama dan akhlak, agar ia dapat melaksanakan kewajipan secara sempurna dalam membimbing keluarga,
-Tawadhu' (rendah diri)
-Bergaul dengan orang-orang shalih
-Rajin bekerja dan berusaha
-Optimis
-Tidak berkata dusta
Untuk para lelaki;
“ Kaya lelaki kerana akhlak mahmudah,
tampan lelaki kerana kejernihan wajah.
Manis lelaki kerana senyuman indah dengan niat sedekah.
Tinggi lelaki kerana kesederhanaan.
Hebat lelaki kerana kesabaran dan mulia lelaki kerana keimanan yang teguh.”
Untuk rakan muslimah;
“wahai MUSLIMAH kesayanganku.
sekiranya dirimu TIDAK dihadiri lelaki,
itu tidak bermakna dirimu TIDAK DIINGINI.
jangan khawatir karena CINTA ALLAH itu SUATU yang SANGAT PASTI.
sesungguhnya ALLAH sedang memelihara HATI dan JIWAMU
daripada DIKECEWAKAN dan didatangi perasaan RIAK.
DEKATKANKANLAH dirimu kepada ILAHI,
berilah cintamu pada yang memiliki CINTA,
PASTI CINTA SEJATIMU akan KAU TEMUI jua.
TAK USAH BERHARAP CINTA pada insan yang kau sendiri TIDAK PASTI.
jadilah seperti FATIMAH R.A,
MENDIAMKAN DIRI kepada lelaki yang kau SUKAI.
BERDOALAH kepada ALLAH.berdoa…dan terus berdoa…..
InsyaALLAH,dirimu pasti DICARI.
berpeganglah dengan kata-kata ini:JAGALAH ALLAH,ALLAH PASTI MENJAGAMU.
muslimah seperjuanganku..
Tak usah dirimu khawatir,
berbuatlah sesuatu karena Allah,
dan bukannya karena kritikan manusia,
kerana mereka juga hamba Allah..
walau dirimu TIDAK CANTIK didunia,
walau dirimu TIDAK MENJADI SIULAN didunia,
semoga dirimu MENJADI BULAN DISYURGA kelak..
Dan semoga dirimu DIPANDANG DISYURGA kelak..”
Last but not least, :))

1 comment:
hebat...semoga berjaya ye...jemput join contest sy plak... :)
Post a Comment